Saturday, April 25, 2009

Tiga Sayap Umno Besut Nafi Sokong Ahmad Said

April 22, 2009 17:28 PM

Tiga Sayap Umno Besut Nafi Sokong Ahmad Said

BESUT, 22 April (Bernama) -- Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bahawa ketiga-tiga sayap parti itu menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Mereka juga dukacita dengan tuduhan oleh Rosli dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai perancang sehingga berlakunya kemelut politik di Terengganu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mahadi Musa berkata kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Idris dan Umno bahagian berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga sayap parti itu sentiasa berdiri teguh di belakang Idris dan tidak menyokong kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri sekarang.

"Kita kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri mengenai perkara tersebut," katanya.

Pada 14 April lepas, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan Adun itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Adun Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat Adun BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan.

-- BERNAMA

SMS: Polis ingin hubungi Ahmad Ramzi

KUALA TERENGGANU 24 April - Polis sedang mencari Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ancaman kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu, Ahmad Ramzi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, usaha menjejaki beliau tidak berhasil apabila bekas calon Ahli Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac tahun lalu itu tiada di rumahnya.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau antara yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan memandangkan beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes SMS berbaur ancaman yang diterima ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada 13 April lalu.

SMS berkenaan menyebabkan 10 ADUN termasuk Rosol, Abdul Halim dan Zakaria tidak hadir ke hari kedua Persidangan DUN keesokannya.

Berikutan siasatan kes itu, polis menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Isnin lalu kerana disyaki menghantar SMS berbaur ugutan itu.

Menurut Fauzi, perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

Beliau memberitahu, polis juga sudah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ditanya identiti kerani itu yang dikaitkan sebagai penulis blog di laman web 'ganulening' ketika kepimpinan Idris sebelum ini, Mohd. Fauzi berkata, pihaknya masih menyiasat.

''Setakat ini, kami juga belum mendapat petunjuk mengenai penglibatan ADUN-ADUN di negeri ini dalam kes ini,'' ujarnya. Utusan

Ahmad Said janji beri kerjasama

KUALA TERENGGANU 24 April - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berjanji akan bekerjasama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mengukuhkan parti itu di negeri ini.

Menurutnya, sebagai Timbalan Pengerusi, beliau akan membantu Naib Presiden UMNO itu melaksanakan tugas tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Datuk Seri Hishammuddin bukan asing kepada Terengganu. Saya percaya gandingan kami adalah yang terbaik bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada media melalui Setiausaha Akhbarnya, Rosli Zakaria hari ini.

Ahmad berkata demikian mengulas pelantikan Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru seperti diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berharap ahli UMNO di semua peringkat menerima keputusan itu dan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan UMNO negeri yang baru untuk mengukuhkan parti.

Friday, April 17, 2009

Moves to mend ties in Terengganu

Friday April 17, 2009

Moves to mend ties in Terengganu


KUALA TERENGGANU: Efforts are underway to mend ties between Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said and certain quarters within the state Barisan Nasional.

Ahmad met Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin at the Prime Minister’s office in Putrajaya yesterday.

Ahmad, told mStar online, The Star’s Malay newsportal, that he met Najib and Muhyiddin for almost an hour from 12.30pm.

However, he declined to reveal what was discussed at the meeting. “I have no comments,” he said.

He also said that he did not meet Najib and Muhyiddin with the former mentri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Terengganu Speaker Tengku Putera Tengku Awang, who is said to have initiated the meeting in Putrajaya yesterday, said: “We regard it (the political storm) as a trivial matter and hope it will not prolong further.”

He also urged the people not to spread rumours about the issue.

Meanwhile, police have seized several mobile phones to help in their probe.

Tuesday, April 14, 2009

KDRM kutip RM1.1b hasil di Terengganu

KUALA TERENGGANU 14 April - Bahagian Pencegahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu mengutip pelbagai hasil berjumlah RM1.18 bilion sepanjang tahun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Md. Hashim Pardi berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 90 peratus daripadanya merupakan kutipan hasil daripada sumber petroleum.

Beliau berkata, pada tahun ini, KDRM Terengganu menyasarkan jumlah kutipan yang sama seperti tahun lalu.

"Sehubungan itu, semua pegawai terlibat perlu bekerja keras untuk memastikan kutipan hasil mencapai matlamat jabatan," katanya di sini semalam.

Pengarah KDRM Terengganu, Datuk Hassan Ibrahim akan berpindah ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Korporat manakala Pengarah KDRM Kelantan, Datuk Abdul Azis Yaakub mengambil alih tempat Hassan.

Md. Hashim berkata, KDRM juga akan meningkatkan tahap keselamatan di setor tempat menyimpan barangan rampasan di seluruh negeri bagi mengelak kecurian atau rompakan.

Sehubungan itu, katanya, KDRM akan mengambil langkah keselamatan termasuk memastikan semua stor dipagar di samping menambah pengawal keselamatan.

Katanya, KDRM juga bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua stor untuk memudahkan pencegahan jika berlaku sebarang kecurian atau rompakan. - Utusan 15/04

Ahmad doesn't know why 10 assemblymen were absent

KUALA TERENGGANU: Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said said he had no idea why 10 State Assemblymen from the Barisan Nasional (BN) did not attend the State Assembly sitting today (14 April).

He also said he did not know that three BN Assemblymen had received death threats through the short messaging service (SMS) last night.

"I had just returned from Kemaman at about 2.30 this morning. I have no idea about the SMS and the action by the 10 Assemblymen in not attending the Assembly sitting today," he said when met by reporters when the sitting adjourned for lunch today.

He was asked to comment on the action by the 10 BN Assemblymen in refusing to attend the second day of the sitting as they claimed their safety was threatened.

They decided to stay away from the sitting after three of them received the death threats through the SMS following talks that a vote of no-confidence against the Menteri Besar would be tabled at the sitting this time.

The 10 Assemblymen who did not attend the sitting were the Assemblyman for Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) and Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Commenting further, Ahmad said he was not surprised by the action of the BN Assemblymen and would not contact them for an explanation on the matter.

"Not attending the State Assembly sitting is normal for politicians... I will not persuade them to come (tomorrow)," he said, avoiding many questions posed by members of the press.

Asked on the senior government officer who was linked to the SMS, Ahmad said he left it to the police to take further action as the three Assemblymen had reported the matter.

The three-day Terengganu State Assembly sitting will end tomorrow. (Bernama)

10 Terengganu BN assemblymen absent from state assembly

KUALA TERENGGANU: Ten Barisan Nasional (BN) assemblymen has not attended the Terengganu state assembly which entered its second day today (14 April).

They were Tepoh assemblyman Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) and Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

The morning session of the question time was attended by Menteri Besar Datuk Ahmad Said, all 10 state executive councillors and three BN assemblymen, and all eight PAS assemblymen.

The turn of event is believed to be related to the political unrest in the state where three assemblymen had lodged police reports early this morning over threats received through the short messaging service (SMS).

It was reported in the newspapers that the menteri besar had given a stern warning that disciplinary action, including sacking, would be taken against BN assemblymen if a no-confidence motion was tabled against him at the state assembly.

BN holds 24 of the 32 state seats while PAS holds the remaining 8 seats. (Bernama)