Tuesday, June 2, 2009

RM80,000 untuk tiga sekolah

KEMAMAN 31 Mei - Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyumbang sejumlah RM80,000 kepada tiga sekolah elit dan premier di daerah ini bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan di sekolah itu.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, SMK Premier Chukai dan SMK Kijal.

Pengurus Komunikasi Korporat EPIC, Wan Ahmad Wan Sudin berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu sekolah melaksanakan program nilai tambah untuk para pelajarnya yang bakal menghadapi peperiksaan utama tidak lama lagi.

"Ini adalah program pertama EPIC yang bertujuan membantu mengembangkan tahap akademik di setiap sekolah.

''Kita ingin melihat anak-anak Terengganu terus mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis EPIC Gemilang PMR dan SPM di SM Mak Lagam di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Mak Lagam, Nong Shamsiah Mokhtar Affandi berkata, pihaknya berterima kasih kepada EPIC kerana sudi membantu sekolahnya dan beberapa sekolah yang lain. - Utusan

No comments:

Post a Comment