KUALA LUMPUR 28 Mei - TDM Bhd. (TDM), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyasar keuntungan antara RM40 juta hingga RM45 juta pada tahun ini.
Pengerusi dan Pengarah TDM, Datuk Roslan Awang Chik yakin sasaran itu dapat dicapai meskipun mencatat keuntungan sebanyak 78 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac lalu kepada RM6.5 juta.
''Keyakinan ini berdasarkan aliran peningkatan harga purata minyak sawit mentah (MSM) di pasaran yang ketika ini berharga RM2,007 setan metrik berbanding RM1,993 setan metrik pada suku pertama tahun ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.- Utusan
Friday, May 29, 2009
DUN Ladang kekal milik Pas
PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.
Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Hakim Malanjum dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tidak wujud kejanggalan yang ketara pada cara pengiraan undi pos.
Beliau menyatakan, hanya tiga undi pos yang tersalah kira dan kemudiannya ditolak kerana ketiadaan nombor siri dan juga terdapat perbezaan nombor pada kertas undi.
Bagaimanapun, Hakim Malanjum berpuas hati bahawa ketiga-tiga undi pos yang ditolak itu tidak akan memberi kesan kepada 31 undi majoriti yang diperoleh calon Pas.
Sehubungan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan raya itu pada 22 September tahun lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 itu, Tengku Hassan mengalahkan Datuk Wan Hisham Wan Salleh dari BN dengan majoriti tipis 31 undi. Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan petisyen bagi membolehkan semakan dan kiraan semula dilakukan terhadap 127 undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi 8 Mac 2008.
Beliau selaku pempetisyen menamakan pegawai penyelia pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Md. Razali Kassim, SPR dan ADUN Ladang sebagai responden.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak petisyen itu selepas memutuskan bahawa pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani SPR tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam pengendalian undi pos.
Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pempetisyen dalam hujahnya sebelum ini menyatakan, kerani SPR cuai ketika mengeluarkan undi-undi pos ekoran kegagalannya menulis nombor siri pada Sampul Surat A dan Borang 2.
Akibat kecuaian itu, hujah beliau, 127 undi pos ditolak kerana nombor siri tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki oleh Aturan 7 Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos).
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Mohd Said berhujah, petisyen itu diputuskan dengan betul kerana terdapat bukti semasa perbicaraan bahawa nombor siri ditulis menggunakan pensil pada Sampul Surat A dan Borang 2. - Utusan

Monday, May 25, 2009
PPKSB lancar pakej tambang murah teksi
BESUT 24 Mei - Persatuan Kebajikan dan Sukan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Besut (PPKSB) melancarkan pakej perkhidmatan teksi dan kereta sewa dengan tambang lebih murah untuk perjalanan jauh bagi menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam itu.
Pengerusi PPKSB, Mansor Mat Ali berkata, menerusi pakej perkhidmatan itu pengguna akan memperoleh perkhidmatan lebih murah, bermutu dan menepati masa.
Katanya, sebanyak 120 teksi dan kereta sewa yang berdaftar dengan persatuan itu bersedia memberikan perkhidmatan bagi perjalanan pergi balik ke lima destinasi utama iaitu Kuala Terengganu dan Dungun di negeri ini serta Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan.
Katanya, jika sebelum ini tambang perjalanan pergi balik ke Kuala Terengganu adalah RM120 tetapi menerusi pakej yang diperkenalkan, tambangnya berkurangan menjadi RM90.
''Perjalanan pergi balik ke Dungun yang dahulu RM260 kini RM180, Kota Bharu kini RM60 berbanding RM80, Rantau Panjang kini RM90 berbanding RM140 dan Pengkalan Kubur kini RM90 berbanding RM120," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Pakej Perkhidmatan Teksi dan Kereta Sewa yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh di sini malam tadi.
Selain itu menurut Mansor, PPKSB turut menyediakan perkhidmatan ke destinasi pelancongan tempatan iaitu ke Lata Tembakah, Kolam Air Panas Kampung La yang kedua-duanya di Hulu Besut.
Katanya, perkhidmatan juga disediakan ke Lata Belatan, Peladang Setiu Agro Resort, Bukit Keluang, Pantai Bisikan Bayu , Jeram Linang dan Jeram Pasu (Pasir Puteh) serta Sekayu dan Tasik Kenyir (Hulu Terengganu).
Jelasnya, tambang ke Lata Belatan dan Kolam Air Panas Kampung La dikenakan menerusi pakej ini ialah RM42 berbanding tambang lama (RM56), Lata Belatan dan Peladang Setiu Agro Resort kini RM45 berbanding RM60.
Perjalanan ke Bukit Keluang dan Pantai Bisikan Bayu pula kini RM42 berbanding RM56, Jeram Linang dan Jeram Pasu kini RM42 berbanding RM56 manakala Tasik Kenyir dan Sekayu kini RM150 berbanding harga lama RM200.
Mansor berkata, menerusi pakej perkhidmatan itu, pengguna mampu menyelesaikan tugas mereka di destinasi dalam masa yang singkat dan caj tambahan RM10 dikenakan bagi tempoh satu jam menunggu.
Selain itu, katanya, PPKSB juga ada menyediakan pakej perkhidmatan penghantaran cepat dengan bayaran RM45 untuk destinasi ke Kuala Terengganu, Dungun (RM90), Kota Bharu (RM30), Rantau Panjang (RM54) dan Pengkalan Kubur (RM45).
Sementara itu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh menyambut baik langkah PPKSB itu dan berharap pakej itu dapat menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi dan kereta sewa.
Katanya, sesuai dengan imej teksi dan kereta sewa yang kini sudah berubah, beliau berharap pemandu dan pemilik kenderaan dapat bersama-sama memberi khidmat terbaik selain menjaga kebersihan kenderaan mereka.
Ini menurutnya, akan dapat membantu mereka bukan sahaja menerima pendapatan tambahan malah pada masa yang sama memberi imej pemandu yang memberikan perkhidmatan berkualiti dan disukai ramai.

Friday, May 22, 2009
Kedudukan Ahmad bakal diketahui
Kedudukan Ahmad bakal diketahui
KUALA TERENGGANU – Tanda tanya mengenai kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB) dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.
Sinar Harian difahamkan isu MB turut disentuh walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat ketika pertemuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan Ketua UMNO Bahagian dan semua Ahli De-wan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Na-sional (BN) Terengganu malam kelmarin.
ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi semalam mengakui isu itu turut dibincangkan untuk diselesaikan segera.
Bagaimanapun, Rosol enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan memak-lumkan keputusan perlu diserahkan kepa-da pucuk kepimpinan UMNO negeri.
“Dalam pertemuan itu, isu MB ada dibincangkan dan Datuk Seri Hishammuddin akan tengok dalam masa terdekat. Semua keputusan terpulang kepada beliau,” katanya ketika mengulas pertemuan tersebut.
Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan selama dua jam setengah itu, Rosol yang juga bekas Setiausaha UMNO Tereng-ganu berkata, beliau yakin ia akan membawa perkembangan positif kepada politik di negeri ini berdasarkan jaminan Hishammuddin untuk mengambil langkah terbaik memantapkan UMNO Terengganu.
“Perjumpaan itu amat baik dan saya yakin ia akan memberi perkembangan positif terhadap perpaduan dan kekuatan UMNO di negeri ini. Datuk Seri (Hishammuddin) juga memberi keyakinan untuk memastikan masalah diselesaikan segera bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya.
Malam kelmarin, semua ADUN BN Terengganu termasuk Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam perjumpaan dengan Hishammuddin di pejabat Menteri Dalam Negeri, di Putrajaya bermula jam 10 malam, bagi membincangkan isu politik di negeri ini.

Monday, May 18, 2009
Nizar belum dapat ‘restu’ tadbir Perak
Nizar belum dapat ‘restu’ tadbir Perak
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman menganggap Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin belum mendapat ‘restu’ Ilahi untuk menjalankan peranan sebagai Menteri Besar Perak.
Menurutnya, walaupun sah sebagai Menteri Besar Perak sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), beliau masih tidak dapat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
“Mungkin beliau belum dapat ‘restu’ daripada Tuhan tetapi saya percaya, ia juga berkaitan dengan perlembagaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, menurut Mohd Nor, Menteri Besar perlu mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan selagi calon Menteri Besar tidak mendapat majoriti itu, beliau tidak dapat bertahan.

Pembangkang jangan tuduh kerajaan campur tangan urusan kehakiman

KUALA TERENGGANU - Keputusan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak jelas membuktikan sistem kehakiman negara ini sentiasa telus dan tidak dikongkong mana-mana pihak.
Bekas Setiausaha Pemuda UMNO Terengganu, Amiruddin Abd Rashid berkata, pembangkang tidak wajar menuduh kerajaan mencampuri urusan kehakiman kerana kes Menteri Besar Perak sudah membuktikannya.
“Dalam hal ini, kita juga mengamalkan demokrasi dan pembangkang tidak wajar menuduh kerajaan bukan-bukan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan pengesahan Mohammad Nizar sebagai pemimpin Perak.

Kemenangan Hadi bukan tanda tolak profesional

KUALA TERENGGANU – Kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden Pas tidak bermakna golongan profesional bukan pilihan untuk menerajui pucuk pimpinan parti itu.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, isu ulama atau profesional tidak perlu timbul sekalipun individu yang menjadi pemimpin adalah daripada kalangan profesional.
Menurutnya, pencalonan terbanyak yang diperoleh Abdul Hadi adalah disebabkan kepercayaan ahli-ahli yang mahukan beliau terus menerajui Pas di samping kewibawaannya dalam mengukuhkan parti.
“Keputusan diserahkan kepada perwakilan dan mana-mana golongan layak bertanding. Tidak disebutkan dalam perlembagaan parti bahawa golongan profesional tidak boleh menjadi pemimpin. Kedua-duanya memberi keseimbangan dalam parti.
“Sebelum ini pun, beberapa pemimpin dalam kalangan profesional pernah menjadi Presiden Pas antaranya, Dr Abas Ilias dan Datuk Asri Ahmad,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Abdul Hadi menang bertanding jawatan Presiden Pas selepas mendapat 136 daripada 137 pencalonan Pas kawasan yang menamatkan mesyuarat agungnya baru-baru ini.
Kemenangan Abdul Hadi juga menamatkan kontroversi berhubung golongan mana yang layak menerajui pimpinan parti sama ada ulama atau profesional.
Bagaimanapun, Dr Syed Azman menegaskan bahawa isu ulama atau profesional bukanlah keutamaan dalam Pas.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak melihat perkara itu sebagai satu isu dan berpendapat sekalipun Pas dipimpin profesional, namun parti masih dikawal Majlis Syura Ulama.
Terdahulu, beliau menegaskan, sumbangan Abdul Hadi terhadap parti begitu meyakinkan ahli-ahli untuk terus berada di bawah kepimpinan beliau.
“Pelbagai perkara telah berlaku di bawah pemerintahan beliau iaitu dengan pertambahan kerusi pembangkang di Terengganu, juga di Parlimen dan mengambil langkah bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) sehingga pembangkang berjaya mentadbir lima negeri di Malaysia.
“Sokongan dan keyakinan rakyat terarah kepada beliau sebagai pemimpin yang berjaya menarik sokongan bukan Islam. Jadi, saya melihat Pas bukanlah pembangkang tetapi parti utama yang berpotensi besar di bawah kepimpinan beliau,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)