Friday, May 29, 2009

TDM unjur untung RM45j

KUALA LUMPUR 28 Mei - TDM Bhd. (TDM), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyasar keuntungan antara RM40 juta hingga RM45 juta pada tahun ini.

Pengerusi dan Pengarah TDM, Datuk Roslan Awang Chik yakin sasaran itu dapat dicapai meskipun mencatat keuntungan sebanyak 78 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac lalu kepada RM6.5 juta.

''Keyakinan ini berdasarkan aliran peningkatan harga purata minyak sawit mentah (MSM) di pasaran yang ketika ini berharga RM2,007 setan metrik berbanding RM1,993 setan metrik pada suku pertama tahun ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.- Utusan

No comments:

Post a Comment