Tuesday, April 14, 2009

KDRM kutip RM1.1b hasil di Terengganu

KUALA TERENGGANU 14 April - Bahagian Pencegahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu mengutip pelbagai hasil berjumlah RM1.18 bilion sepanjang tahun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Md. Hashim Pardi berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 90 peratus daripadanya merupakan kutipan hasil daripada sumber petroleum.

Beliau berkata, pada tahun ini, KDRM Terengganu menyasarkan jumlah kutipan yang sama seperti tahun lalu.

"Sehubungan itu, semua pegawai terlibat perlu bekerja keras untuk memastikan kutipan hasil mencapai matlamat jabatan," katanya di sini semalam.

Pengarah KDRM Terengganu, Datuk Hassan Ibrahim akan berpindah ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Korporat manakala Pengarah KDRM Kelantan, Datuk Abdul Azis Yaakub mengambil alih tempat Hassan.

Md. Hashim berkata, KDRM juga akan meningkatkan tahap keselamatan di setor tempat menyimpan barangan rampasan di seluruh negeri bagi mengelak kecurian atau rompakan.

Sehubungan itu, katanya, KDRM akan mengambil langkah keselamatan termasuk memastikan semua stor dipagar di samping menambah pengawal keselamatan.

Katanya, KDRM juga bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua stor untuk memudahkan pencegahan jika berlaku sebarang kecurian atau rompakan. - Utusan 15/04

No comments:

Post a Comment