KUALA TERENGGANU – Pengerusi MIC Terengganu, R Suppiah menganggap pelantikan Datuk Seri Hishammuddin sebagai Pengerusi UMNO Terengganu baru bertujuan menyelesaikan kemelut dalam UMNO.
:R Suppiah berkata, Ahmad Said yang menjadi Pengerusi UMNO sebelum ini juga dilihat boleh menerima keputusan pihak atasan bagi memastikan masa depan parti itu lebih baik pada masa akan datang.
:“Ini sebagai bantuan untuk UMNO Terengganu. Sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Pengerusi UMNO Terengganu dan saya rasa, ia untuk sementara waktu sahaja,” katanya.
:Bagaimanapun, R Suppiah menyifatkan tindakan mengambil orang luar sebagai ‘tidak sedap didengar’ kerana dilihat sukar untuk menjalankan peranan berbanding orang tempatan yang lebih dekat dengan anggota parti, suasana dan permasalahan yang berlaku.
:“Hishammuddin berada di Kuala Lumpur dan apa-apa hal mungkin perlu hubungi dia, justeru, saya rasa jika Ahmad yang memegang tugas berkenaan, mungkin tiada masalah tetapi ini adalah arahan pihak atasan,” katanya.
Sinar 30/04/09
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment