KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani menyokong pemilihan pemimpin tertinggi parti itu Jun ini dengan melaksanakan kaedah syura sebagaimana dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
:Azman Shapawi berkata, sekiranya pucuk pimpinan merasakan langkah itu adalah cara terbaik untuk lebih memperkasa dan menguatkan perjuangan parti, beliau menerima dengan cara terbuka.
:Beliau mengakui, setiap kali musim pertandingan bagi memilih barisan pemimpin tertinggi parti, akan berlakunya perselisihan pendapat dan pergeseran antara satu sama lain.
:“Memang wujud perselisihan setiap kali pemilihan tetapi tidak berterusan sebagaimana parti tertentu sebelum ini. Ia hanya dalam tempoh musim tersebut dan selepas itu, kita hadapinya dengan baik dan bersatu semula,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mencadangkan supaya kaedah berunding (syura) untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti sebagaimana dilaporkan sebuah laman blog politik.
:Laman blog tersebut turut menyatakan bahawa alasan Menteri Besar Kelantan itu adalah untuk mengelakkan persaingan sengit khusus selepas wujud dua kumpulan besar, pro-muzakarah dengan UMNO dan pro Pakatan Rakyat.
:Bagaimanapun, pandangan berkenaan mendapat reaksi beberapa pemimpin kanan antaranya, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang berpendapat ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat Pas terlebih dahulu sebelum diluluskan.
:Memandangkan kaedah tersebut dipraktikkan di peringkat tertentu, Azman Shapawi yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat mengakui tiada masalah menerima kaedah tersebut.
:“Di peringkat bawahan, kaedah syura digunakan antaranya di peringkat kawasan dan pemilihan pemimpin parti di peringkat negeri.
:“Lagipun, melalui syura, kita boleh berbincang dengan cara sebaiknya untuk memilih pemimpin tertinggi berdasarkan syarat dan kelayakan dimiliki tanpa pertandingan,” katanya.
:Mengulas lanjut, sekiranya pertandingan berjalan seperti biasa, ia perlulah diadakan dengan cara sihat tanpa tujuan menjatuhkan sesiapa sebaliknya, meletakkan niat untuk melakukan kebajikan dalam parti.
:“Siapa yang menang, dialah yang jadi layak jadi pemimpin dan tugas kita adalah untuk menyokong kepimpinan yang sedia dipilih rakyat,” katanya. Sinar Harian
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment