Sinar Harian
KUALA TERENGGANU – Sekiranya Pas benar-benar mahukan sebuah kerajaan perpaduan, sudah tiba masanya Pas bertindak kembali kepada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Abu Bakar Abdul Ghani.
Menurut Abu Bakar, sekiranya kedua-duanya bergabung, beliau yakin kerajaan yang wujud dalam negara lebih kuat kerana ia turut melibatkan penyatuan bangsa Melayu untuk menerajui kerajaan.
“Saya menyokong cadangan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mewujudkan perpaduan sekiranya tiada motif politik lain,” katanya, semalam.
Menurutnya, amat wajar dan rasional Pas kembali ke dalam BN terutama untuk menyelesaikan segala kemelut politik orang Melayu serta bangsa-bangsa lain di Malaysia tetapi beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantah cadangan berkenaan.
“Semua pakatan yang telah disertai Pas menemui jalan gagal. Oleh itu, Pas hendaklah kembali kepada BN tanpa sebarang syarat politik demi untuk Islam dan bangsa,” katanya.
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment