Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan melalui perbahasan bukan perkara baru dalam parti.
“Kami mengambil pendekatan dengan semangat syura supaya pemimpin yang dipilih direstui semua perwakilan melalui muktamar berkenaan.
“Saya rasa tidak perlu di sini untuk saya memberi sebarang ulasan kerana mesyuarat belum lagi selesai dan ia masih lagi berlangsung, kita tunggu sahajalah nanti siapa yang akan dipilih serta dicalonkan untuk jawatan itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Web Buletin Pendidikan Pas di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring, di sini, semalam.
Menurut Abdul Hadi, orang luar tidak perlu untuk mempertikaikan perkara berkenaan kerana Pas bijak menangani parti mereka sendiri.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi menyifatkan penangkapan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu jelas memperlihatkan badan kehakiman dan amalan demokrasi di negara ini tidak lagi bebas.
“Tindakan itu bukan sahaja memberi gambaran kepada pencabulan hak asasi, sebaliknya Barisan Nasional (BN) cuba untuk memperbetulkan langkah yang sememangnya salah demi kepentingan parti mereka.
“Ingin saya tegaskan di sini supaya BN tidak sesekali menguji tahap kesabaran kami (Pas) kerana setiap kesabaran itu ada batasnya dan seharusnya mereka (BN) mengambil iktibar daripada yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut berhubung amaran berkenaan dan meminta supaya kerajaan (BN) mempertimbangkan kembali apa telah dilakukan mereka terutamanya membabitkan kepentingaa sebagai negara yang mengamalkan demokrasi - Sinar 080509
No comments:
Post a Comment