Monday, May 18, 2009

Kampung nelayan moden dalam kajian

Kampung nelayan moden dalam kajian

SEBERANG TAKIR – Tanah yang ditambak seluas empat hektar di Kampung Pak Abu, di sini, akan diba-ngunkan sebagai perkampungan nelayan moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berhasrat mahu mengubah imej Seberang Takir menjadi perkampungan nelayan moden seperti kawasan penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang maju dari segi ekonomi dan kemudahan infrastruktur.

“Kita mahu mewujudkan kawasan perkampungan nelayan moden dan menja-dikan kawasan penempatan Felda sebagai contoh me-lihat kepada kemajuan serta kejayaan yang telah dicapai masyarakat Felda kini.

“Bagaimanapun, cadangan untuk mewujudkan perkampungan nelayan moden masih dalam peringkat kajian dan sekiranya didapati Kampung Pak Abu, di sini, sesuai untuk dimajukan sebagai perkampungan nelayan, insya-Allah, projek ini akan dijalankan secepat mungkin,” katanya ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Nelayan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, di Dewan Sivik, di sini.

Menurut Ahmad Razif, sebagai usaha ke arah me-wujudkan perkampungan nelayan moden, pihaknya juga akan membuka kiosk yang dikhaskan untuk men-jual hasil perikanan dan tangkapan nelayan di Pusat Pengembangan Perikanan Seberang Takir.

:“Pusat pengembangan perikanan itu akan dijadikan sebagai pusat untuk menjual hasil tangkapan nelayan dan sebarang produk perikanan.

“Dengan adanya pusat berkenaan, ia memudahkan golongan nelayan berurus niaga, selain mampu menjadi daya penarik kepada orang ramai mengunjungi Seberang Takir,” katanya.

Menurut Ahmad Razif, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu juga bercadang mengeluarkan bot yang bukan sahaja berfungsi untuk menangkap ikan tetapi boleh di-gunakan bagi tujuan rekreasi sebagai usaha memajukan sektor perikanan di kawasan berkenaan.

“Kami akan mengeluarkan bot dwifungsi yang da-pat digunakan untuk turun ke laut menangkap ikan dan disewakan kepada pelancong jika mereka berminat mahu mencandat sotong atau bersiar-siar.

“Dengan adanya bot dwi-fungsi, nelayan dapat mem-peroleh pendapatan sampi-ngan dengan menyewa bot kepada pelancong dan orang luar,” katanya.

Mengulas mengenai Program Pemimpin Bersama Nelayan, menurut Ahmad Razif, seramai 100 nelayan dari kawasan seluruh Seberang Takir menyertai program berkenaan.

Semua nelayan terbabit berpeluang mendengar taklimat dan penerangan daripada Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Munir Nawi; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jailani Hashim serta Pengurus Besar Agro Bank Terengganu, Kamaruddin Abd Rahim.

“Dengan adanya program sebegini yang pertama kali diadakan di kawasan ini, golongan nelayan berpeluang mengetahui bantuan disediakan agensi kerajaan kepada mereka bagi memajukan sektor perikan-an khusus di kawasan Seberang Takir dan di Terengganu umumnya,” katanya. - Sinar

No comments:

Post a Comment