Monday, June 8, 2009

12,000 remaja Terengganu terima dana khas RM200 seorang

12,000 remaja Terengganu terima dana khas RM200 seorang

KUALA TERENGGANU – Seramai 12,000 remaja di negeri ini akan menikmati wang dana khas RM200 setiap seorang daripada kerajaan negeri sebelum Aidilfitri, September depan.

:Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 juta kepada peserta Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 melalui hasil wang royalti minyak Terengganu tahun ini.

:Menurutnya, kerajaan negeri akan mengagihkan wang itu yang sebelum ini dikenali sebagai wang ihsan dalam tempoh selewat-lewatnya tiga bulan kepada penerima layak mendapatkan dana berkenaan.

:“Selepas semua borang diedarkan, kami akan agihkan dalam masa dua atau tiga bulan sebab ia membabitkan jumlah yang ramai dan (bermula) lebih awal sebelum raya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

:Kerajaan negeri mengagihkan wang itu kepada remaja berumur 21 tahun dan ke atas sejak tahun 2000 sehingga kini.

Dalam ucapannya, Ahmad memaklumkan kerajaan negeri tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan remaja Terengganu dan akan memberi tumpuan terhadap pelbagai aspek pembangunan fizikal serta aspek kerohanian.

:Mengulas lanjut, Ahmad turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengagihkan wang kepada 160,000 keluarga di negeri ini namun tidak memberi jumlah sebenar peruntukan berkenaan. Sinar

No comments:

Post a Comment