Wednesday, June 10, 2009

Tiada unsur penyelewengan

HULU TERENGGANU - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid serta bekas anggota Exco yang lain bersedia disiasat sekiranya ada pihak mendakwa mereka melakukan penyelewengan membabitkan projek pembangunan ketika pemerintahan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Rosol, secara peribadinya beliau berpendapat isu itu tiada kompromi dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan wujudnya penyelewengan terhadap projek pembangunan berikutan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Jun lalu.

:“Saya tidak melihat berlakunya penyelewengan terhadap projek pembangunan yang dijalankan ketika pentadbiran Menteri Besar sebelum ini.

:“Kejadian runtuhan bumbung stadium ini adalah takdir dan pastinya kita tidak dapat menolaknya, mungkin ada kesilapan teknikal khususnya dari aspek pemasangan,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika menghadiri Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Hulu Terengganu, di sini, semalam.

:Rosol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak wujudnya penyelewengan projek pembangunan di Terengganu berikutan berlakunya kejadian runtuhan bumbung stadium bernilai RM292 juta di Gong Badak.

:Menurut Rosol, kes itu dimanipulasikan sehingga menyebabkan segelintir pihak begitu senang membuat andaian tanpa memiliki sebarang bukti yang kukuh.

:“Mereka hanya sekadar mendengar cakap-cakap di kedai kopi sahaja sehingga pelbagai tanggapan dan hukuman dilemparkan.

: “Dakwaan mengatakan wujudnya penyelewengan adalah tohmahan yang sengaja dilemparkan sesetengah pihak untuk menuding jari. Seandainya benar dakwaan ini, saya dan bekas Exco yang lain sememangnya sentiasa terbuka dan bersedia untuk disiasat,” katanya.

: Justeru, Rosol amat berharap supaya semua pihak jangan prejudis dengan kejadian yang berlaku, sebaiknya perlu mencari punca setiap permasalahan bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk mengatasinya.Sinar

No comments:

Post a Comment