60 Hektar Tanah Di Setiu Diluluskan Untuk RTB
SETIU, 8 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan kawasan seluas 60 hektar di Kawasan Banggol dekat sini untuk program Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tahun ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk membina kemudahan asas seperti parit dan jalan bagi projek itu.
Kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 170 peserta untuk projek itu yang dijangka ditempatkan sebelum Oktober ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Rakyat di SMK Saujana di sini hari ini.
Ahmad berkata antara kriteria bagi pemilihan peserta projek itu ialah mereka yang tidak mempunyai tapak rumah.
Beliau berkata hak milik tanah akan diberikan selepas peserta mendirikan rumah di kawasan itu.
"Tahun lepas kita telah meluluskann 412 lot untuk program RTB Penarik. Pesertanya belum masuk lagi," katanya.
-- BERNAMA
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment