Friday, June 12, 2009

Jangan tuding jari, tunggu siasatan selesai

KUALA TERENGGANU – Pihak yang terlibat terhadap pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati mereka cuai sehingga menyebabkan insiden runtuhan bumbung stadium minggu lepas.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Awang Tengku Putera berkata, mereka perlu bertanggungjawab sambil menegaskan pembangunan adalah milik rakyat.

“Saya minta bila sudah disiasat dan dikenal pasti nanti, yang bertanggungjawab kena bertanggungjawab

“Jika kurang simen, kurang besi, kurang reka bentuk dan sebagainya mereka kena bertanggungjawab, tetapi kalau ikut (prosedur) semua sekali jadi (runtuh) juga, nak buat macam mana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Menurut Tengku Awang, jika ada kecuaian dan penyelewengan, maknanya rakyat berhak melihat kerajaan yang bertanggungjawab menghukum orang terbabit.

“Ini hak rakyat dan kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa,” katanya.

Sempena lawatan kerja itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua jabatan turut hadir.

Mengulas lanjut, selepas mengambil alih pemerintahan Pas, kerajaan Barisan Nasional dilihat bersemangat membina semula pembangunan yang tertinggal ketika pentadbiran parti pembangkang.

“Stadium adalah kemudahan yang disediakan kepada rakyat dan yakin tiada pihak yang sengaja melihat insiden runtuhan berlaku.

“Justeru, saya minta tiada pihak menuding jari kepada mana-mana individu dan menunggu sehingga perkara ini selesai,” katanya.

Menurut Tengku Awang, semua pihak perlu mengambil pengajaran terhadap kejadian yang berlaku dengan menganggap apa yang berlaku adalah ujian. Sinar

No comments:

Post a Comment